Wednesday, September 26, 2012

Korea

Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon (ICN)

Incheon International Airport merupakan salah satu lapangan terbang terbaik di Asia. Ini adalah destinasi pertama yang anda akan jejaki apabila melawat Korea dari negara Malaysia. Berikut merupakan info dan tips apabila anda tiba di lapangan terbang ini.


Kaunter Imegresen

Anda akan melalui kaunter semakan imigresen selepas 10 minit anda berjalan dan menaiki tren transfer. Pastikan anda tidak memakai topi dan kaca mata hitam apabila melalui kaunter semakan. Pastikan passport, Arrival Card dan Customs Declaration Card ada bersama-sama anda. Rata-rata pegawai yang bertugas di kaunter imigresen boleh bertutur dalam bahasa Inggeris. So jangan risau.


Arrival Card


Kad ketibaan ini harus dan lebih baik diisi sebelum mendarat. Kad ini akan disimpan oleh pegawai imigresen. Pastikan anda memenuhkan segala butiran dengan lengkap. Jika anda tidak begitu pasti alamat tempat tinggal anda di Korea nanti, tuliskan Seoul pada ruangan Address In Korea. Kad ini boleh diisi dengan menggunakan Bahasa Inggeris.


Customs Declaration Form

Kad ini juga sebaiknya diisi sebelum anda mendarat. Kad ini meminta anda supaya mengesahkan barangan yang anda bawa. Barangan seperti perfume, minuman beralkohol, barangan daripada sumber tumbuhan dan juga produk daripada sumber haiwan harus disahkan. Jika anda membawa produk makanan, tidak menjadi masalah besar tetapi perlulah yakin dalam masa yang sama berwaspada. Barangan makanan basah seharusnya dielakan. Kad ini harus diserahkan kepada Pegawai Kastam selepas anda memungut bagasi sebelum ke lobi ketibaan.
Pengambilan Bagasi

Bagasi boleh dipungut setelah anda melepasi kaunter imigresen di tingat dua. Turun ke tingkat satu menggunakan escalator dan carousel bagasi terdapat di level ini. Perhatikan papan kenyataan bagi mengetahui bagasi anda akan ditempatkan di carousel mana. Pastikan anda memungut bagasi anda yang betul. Jika terdapat masalah kehilangan misal kata, terus ke kaunter kehilangan terdekat.

Apabila anda pulang ke Malaysia proses yang harus anda lalui adalah seperti berikut.

Check In di kaunter > Pemeriksaan di Kaunter Imigresen > Menunggu pesawat di balai pelepasan > Depart

Perkhidmatan lain yang terdapat di Lapangan Terbang ICN :

Pusat pertukaran wang asing
Perkhidmatan sewaan telefon
etc.

Kemudahan yang terdapat di lapangan Terbang ICN :

Telefon awam
Tandas / Bilik Air
Tempat bersembayang
Cafe
Mesin ATM
Kedai Serbaneka
Duty Free Shopping Zone
etc

Untuk maklumat lanjut mengenai Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon sila layari :
http://www.airport.kr//

Note: me copy from abg goog je, sbgai pengetahuan+persediaan me with hubby nnt :)

Korea

Persediaan sebelum berangkat ke KOREA...
Assalamualaikum wbt..


Alhamdulillah allah swt masih benarkan kita menghirup udara di atas muka bumi ini, harini me x mau crita byk2 pun just nak masukkan sedikit picture yang me ambil malam semalam, so cekidauuttttt...

 *As usual la me before g travel mn2 mesti gatal tgn nak snap pic duit+pasport
sebagai kenangan terindah-insyaallah ada rezeki dapat bby, nnt blh tunjuk kat dia

 *Antara persiapan pakaian me with hubby kat sana, masuk sikit2 da la
-glove hitam hubby punya, yg kaler pink2 ungu tu me punyala :)

 *longjohn with stukinnnnnnnnn-al maklumla me kan x tahan sejuk ;P

Actually dalam keterujaan me nak menjejakkan kaki ke korea kan me adalah buat research sikit & baca blog org2 yang da pegi sana, dorang ckp klu x mau pakai jaket tebal2 kan kita boleh je gantikan dgn baju longjohn, sbb baju longjohn ni susah nak masuk angin mcm baju kedap udara kali hehehe x taula me nak explain mcm mn , kang nnt salah explain payah plak kan... so better cari nasihat yang pakar huhuh

tu je byeee ;P
p/s: love2 sayang

Korea

Alamak  Aiiii-tekantoi sudah

Anyonghaeseyo,
NOTE: sila jangan betulkan kaca mata anda-nnt me explain k

Salam semua, setelah berabad lama me tinggalkan blog me ni sampai da bersawang-sawang da dia (padahal seminggu 2 je pung) hehhe skrg baru ada mood nak berentry bagai, sory baby blog, now mummy spend tyme with you ok. Actually kan me da x reti mcm mn nak start berkarya ni ececehe berkaryala sgt kan (oittt sila jgn menyampah k). 
Hahahhahaha me nak amik mood jap "dlm hati mesti org ingat me da x betul sbb gelak tiba2 kan- do i care??" ha hi hu he ho mmm ok now mood suda mari... jeng jeng jeng mesti kamurang pelik kan sebab entry me yang lepas me balik2 cerita pasal g korea hehhehe and yessss, setelah lama me pendam dan sekarang me telah di kantoikan oleh bos me ptg td d opis , smuanya gara2 sbb borang cuti me dia x approve lagi tp dia da siap filling huhuhu sabar je la..bukan apa me actually malu nak heboh2 pasal trip with hubby kali ni, x nakla nnt org kata me ni over so me cuba sebaik mungkin untuk tidak menconteng apa2 di dlm blog ni , ala klu stakat entry2 korea yang lepas tu ramai je blogger lain yang buat entry mcm tu tp x pegi kan,so me just anggap me sebahagian drpd dorangla...tapikan alang-alang me da tekantoi apalagi jomlaa menjobo kan diri ahhahahahahahah...jom truskan membaca entry me kali ni- i promise u will enjoy it (serius bahh-klu kamurang x enjoy pung xpalah yang pntg me enjoyyyyyyyyyy) .

Insyaallah kalau xda halangan this saturday me akan berangkat ke Korea, doakan kami ya semoga selamat pegi dan balik...Sejak dari bercinta cintun dulu me with hubby da lama menyimpan hasrat untuk menjejakkan kaki ke Korea, lagi2 kan hadiah pertama yang hubby bagi me tyme bercinta dulu adalah VCD Original "FULL HOUSE" and and i like it damn much doll, tgk byk kali pun xpa hahaha, kdg2 rasa mcm diri ni masuk dlm crita tu pun ada, ye laa apa org kata tgh feel2 romantik gituhhh,,, so after we get married me with hubby pasang niat yang kami akan ke sana suatu hari nnt...Alhamdulillah syukur pada yang maha esa sebab memakbulkan doa kami suami isteri dan memurahkan rezeki keluarga kecil kami dan finally impian kami akan tercapai dalam masa 2 hari je lagi huhuu...FYI tyme kitorang pegi ni adalah " MUSIM LURUH"  or AUTUMN so cuaca sedang2 sejuk je (tapi byk org cakap angin kuat kat sana so kena standby baju lebih) sebab dia da nak masuk winter kan, dah la me ni x tahan sejuk..pakai aircond kat bilik 26C pun da bergegar inikan pulak 15C ke 16C masak ooooo tp xpa sbb me akan bawa baju lebih sikit mcm yang blogger lain da nasihatkan.. hmmmmm tiba2 teringat 1 cerita korea plak "Autumn in my heart"  hehehh tangkap leleh doll...eeee x sabar gila2 pengantinla , pengantin pun x segilaa mcm ni khekehkeh...haaa apa??me over ehh?? me tau, me memang over pun skrg ni, nak g honeymoon kot..dekat tempat romantik plak tu, rugi oo kalau me x over2, lepas ni x taula dpt pegi ke x :), so tyme kat sana nnt everytyme me akan sntiasa teruja+over la hehehh...kata nak honeymoon so kenalah kembalikan feel 2 tahun lepas (after we get married la) hehhehe

Apalagi ehh nak tulis? ooo haa macam biasala kan bagi orang2 yang nak pegi bercuti ni 2-3 hari seblum bertolak, mood kijaa mesti suda lari dari kordinatnya and and me toooooooooooooo!!! aiyooooo habisla, serius me langsung da xda mood nak buat kija tapi nak xnak kena buat gak la sebab da namanya kija kan nnt klu x buat mkn gaji buta plak kan x elok untuk anak dan cucu cicit kita nnt hehhe (wah2 me nak berceramah plak kat sini ekekke) ok la tu je me nak story hari ni point pentng kat sini ialah:

*me telah dikantoikan oleh bos pasal trip g korea ni (yg me iya2 nak sorok tapi da tebongkar dek bos)
*and me with hubby kuci2 bum2 (niat kami akan tercapai x lama lagi) awwww awwww 

oklah burbye...

Note: nnt me sambung story pasal korea ni lagi ekk, ada banyak nak story oooo---hati ini da xdapat nak di sembunyikan lagi hehehh love you hubby bucuk- muaahhhh

P/S: sory uolsss karya kali ni hambur gila ;p nnt me tebus balik

tungguuuuu !!!


Tuesday, September 11, 2012

Tips-tips berjimat-sebelum bercuti

Percutian atau melancong merupakan aktiviti untuk merehatkan diri dan minda setelah penat bekerja. Untuk melancong mahupun pergi bercuti, anda perlulah melakukan pelbagai perancangan, termasuk persiapan belanjawan agar tidak berlaku pembaziran dan memastikan percutian anda berjalan dengan lancar.


Perancangan kewangan yang rapi dan teliti sangat penting bagi mengelakkan kekusutan fikiran setelah pulang bercuti. Berikut adalah beberapa tip yang boleh diamalkan jika anda merancang untuk melancong atau bercuti, tidak kira di dalam negeri mahupun di luar negara.

Menabung

Mempunyai tabungan yang mencukupi sangat penting untuk bercuti. Jika anda mahu merancang untuk bercuti, mula menabung seawal mungkin. Asingkan duit persiapan percutian ke dalam tabung khas. Disiplinkan diri anda dan terus fokus pada perancangan anda.

Pakej promosi

Apabila memilih untuk bercuti di luar negara, pilih negara yang mengadakan promosi pelancongan. Tanya ejen pelancongan tempatan. Selidik terlebih dahulu tempat-tempat menarik di sesebuah negara, supaya percutian anda diisi dengan aktiviti dan pemandangan yang memberikan kepuasan percutian yang maksimum. Biasanya menjelang musim sejuk, negara di Eropah giat mengadakan promosi pelancongan.

Perancangan percutian

Sebelum melancong dan bercuti, anda perlu membuat persiapan diri dan minda dengan perancangan yang rapi dan teliti. Tentukan dengan betul negara, kota atau tempat peranginan yang sesuai sepanjang tempoh percutian anda.

Buatlah pendaftaran di tempat yang akan anda kunjungi. Untuk menjimatkan tenaga, perbelanjaan dan masa, rancang untuk mengunjungi lokasi menarik berhampiran dalam sehari. Melalui perancangan itu, anda boleh mengetahui jenis pengangkutan ke lokasi pilihan dan bayaran tambang.

Bajet semasa bercuti

Sediakan anggaran perbelanjaan harian semasa anda bercuti, termasuk kos penginapan, makan, pengangkutan, dan cenderamata yang akan dibeli. Anggaran perbelanjaan semasa bercuti adalah satu langkah wajib bagi mengawal perbelanjaan anda semasa bercuti, terutama jika anda bercuti di luar negara.

Apabila bercuti ke luar negara, anda juga haruslah mengetahui kadar pertukaran wang negara yang ingin dilawati supaya percutian tersebut bersesuaian dengan anggaran perbelanjaan anda. Ini juga penting bagi mengelakkan anda tertipu semasa menukar wang. Mengetahui kadar pertukaran wang asing memudahkan perancangan perbelanjaan, terutama ketika membeli-belah.

Tempahan awal

Industri pelancongan banyak bergantung kepada keadaan ekonomi sesebuah negara serta permintaan pelancong tempatan atau asing. Oleh itu, adalah lebih baik jika anda menempah tiket penerbangan atau tiket bas lebih awal, bagi mendapatkan harga yang murah. Tempahan saat akhir adalah sangat mahal dan merugikan terutama ketika musim perayaan dan cuti sekolah. Begitu juga dengan tempahan penginapan. Anda juga haruslah membuat tempahan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan atau sebarang masalah semasa percutian anda.

Bercuti bersama anak-anak

Jika bercuti bersama anak-anak, pastikan persiapan makanan dan kelengkapan mereka yang lain. Jika tempat yang ingin dituju menyediakan kelengkapan dan makanan yang bersesuaian untuk anak-anak anda, pastikan anda memasukkan keperluan perbelanjaan ini dalam anggaran perbelanjaan percutian anda. Jika anda lebih selesa untuk membawa semua kelengkapan anak-anak anda sendiri semasa bercuti, pastikan anda membawa kelengkapan yang secukupnya dan harus mempersiapkan diri dan minda anda untuk lebihan tenaga dan perhatian yang diperlukan untuk mengawasi bagasi yang banyak. Di sini, perancangan yang rapi juga memainkan peranan yang penting.

Peta

Sebaik sahaja anda sampai ke destinasi percutian anda, pastikan anda membeli peta tempat tersebut. Ini akan memudahkan anda untuk merancang jenis pengangkutan yang sesuai untuk pergi melawat tempat-tempat menarik yang telah anda tetapkan sebelumnya.

Pengangkutan

Dapatkan maklumat yang mencukupi mengenai tempat atau negara yang ingin dilawati supaya lebih selesa dan mudah bergerak serta merancang aktiviti dan tempat yang bakal dilawati. Pilih pengangkutan yang paling murah serta pemandu pelancong yang tahu mengenai selok-belok kawasan percutian tersebut bagi mengelakkan anda daripada ditipu ataupun tersesat.

Apabila anda bercuti di dalam kumpulan atau beramai-ramai, anda digalakkan menggunakan perkhidmatan teksi kerana ia lebih murah berbanding bas atau kereta. Justeru, anggaran perbelanjaan percutian anda dapat diringankan kerana berkongsi dan dibahagikan secara adil beramai-ramai.

Sarapan percuma

Manfaatkan sarapan percuma yang disediakan oleh pihak hotel dan makan hingga kenyang. Jika anda bercuti di Eropah, makanan di sana adalah mahal. Dengan memanfaatkan sarapan yang disediakan di hotel, anda boleh mengurangkan lagi perbelanjaan anda.

Ole-ole/ buah tangan

Buat penyelidikan di internet atau dalam kalangan rakan atau keluarga yang pernah berkunjung ke tempat percutian yang anda rancangkan. Dapatkan maklumat tentang kawasan yang menjual buah tangan yang murah. Senaraikan juga semua nama ahli keluarga dan rakan supaya anda tidak membeli buah tangan secara berlebihan. Senarai ini membantu anda berbelanja dengan bijak dan secara adil dan saksama.

Dana Kecemasan

Simpan 20 peratus daripada anggaran perbelanjaan percutian anda untuk dana kecemasan. Dana ini amat berguna jika berlakunya sebarang perkara yang tidak disangka seperti jatuh sakit dan memerlukan rawatan hospital. Dana ini juga membantu anda untuk menampung perbelanjaan anda sekiranya anda telah terlebih belanja daripada anggaran perbelanjaan anda.

Penggunaan wang tunai

Sebaik mungkin cuba gunakan wang tunai untuk membayar perbelanjaan, terutama apabila bercuti di luar negara. Anda akan dikenakan caj perkhidmatan atau faedah yang tinggi jika menggunakan kad kredit.

Note : SELAMAT BERCUTI :)

Monday, September 10, 2012

Korea

Persiapan Sebelum Bertolak Ke Korea : Pakaian

Pakaian yang harus anda siapkan sebelum bertolak ke negara 4 musim ini..


Musim Sejuk :

Winter Coat - Wajib (Melainkan anda Iceman)
Sweater - Manalah tahu kalau2 winter coat tak dapat nak warmkan tubuh badan.
T-Shirt & Kemeja Casual - Secukupnya.
Seluar - Seluar panjang contohnya jeans, cargo pants atau lain-lain yang sedikit tebal.
Sarung Tangan - Perlu, untuk mengelak tapak tangan anda sejuk dan kebas.
Penutup Telinga - Perlu untuk mengelakkan telinga berdesing.
Kasut - Bertutup, but musim sejuk lebih sesuai.
Stoking - Perlu, amat berguna pada waktu tidur.

Musim Bunga :

Jacket - Wajib. Jacket yang sedikit tebal amat sesuai.
Sweater - Perlu. Kerana di dalam rumah pun kadangkala sejuk.
T-Shirt & Kemeja Casual - Secukupnya
Seluar - Seluar panjang. Jeans atau lain-lain.
Sarung Tangan - Yang tidak terlalu tebal sudah memadai.
Kasut - Bertutup.
Stoking - Stoking yang tidak tebal memadai.

Musim Panas :

Jacket - Tidak perlu!
Sweater - Dipakai sekadar fesyen.
T-Shirt & Kemeja Casual - Secukupnya. Lengan pendek memadai. Jika lengan panjang fabrik nipis.
Seluar - Pendek atau panjang fabrik tidak tebal.
Sarung Tangan - Tidak Perlu
Kasut - Yang tidak bertutup lebih sesuai. Selipar atau sandal pun sudah cukup.
Stoking - Nak bawak boleh, tak bawa pun tak mengapa.

Musim Luruh :

Jacket - Perlu kerana suhu pada musim ini adalah sejuk!
Sweater - Jika dibawa bersama lebih bagus.
T-Shirt & Kemeja Casual - Secukupnya.
Seluar - Seluar panjang lebih sesuai.
Sarung Tangan - Yang tidak tertalu tebal memadai.
Kasut - Bertutup lebih sesuai.
Stoking - Perlu kerana cuaca pada waktu ini dingin.

Tips : Scarf dan mafla adalah berguna pada setiap musim kecuali musim panas. Scraf dan mafla yang dililit pada leher serta kepala membantu menghangatkan tubuh badan

Sunday, September 9, 2012

Korea


Salam Smua..

Today kan, me just nak upload pic duit korea jer kehkehekhe ;), me copy dr MR.GOOGLE...lain kali Lah baru kita ber"gosip-gosip Cik PAHHH ya...ntah apa kena ntah tetiba plak me kena demam korea hukhuhkuh

The End....

Thursday, September 6, 2012

Love Happy 2_th B'day!!!!! 30AUG12


Boyfren>>>I LOVE YOU !!!

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah sejak-sejak me da genap 25th ni kan me rasa diri ini agak blur2 sikit, ntah apa kena ntah mybe la me rasa sbb lately ni me agak bz skit but2 bz about what pun x tau la heheh sampai entry tuk B'day boy pun me  x sempat nak buat...no no no, bukan x nak update but me x tau mcm mn nak mula...al-maklumla B'day boy ni org penting in my life so kena buat betul2, x blh main blasah je betul x sayang ???(dalam hati ntah2 hubby x baca pung entry ni :( sedeyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy ) x kisah la yang penting isteri mu ini ikhlas menulis entry yang x berapa nak kemas ni...

Note : readers please don't read it ya ya ya???later you can die after read this entry (i think la) becoz i will be seorang isteri yang tersangatla jiwangnya...tapi x salah pung if me want to express my feelings to my sayang (hubby)...in my own bloggggg ;p

Note untuk My sayang (hubby, boyfren, and everything 4 me) :

baby please don't laugh okeyyy!!!

*happy bday sayang
*i love you

*i need you
*i always miss you even sayang ada dekat sblh saya :)
*i love everything about you (dari dalam akar rambut sampaila ke hujung kuku kaki sayang) ;p
*smoga always sihat dan bertambah sihat di samping isterimu yang kurang pandai masak ni ;)
*smoga sayang always success dalam apa sahaja yang sayang usahakan
*smoga sayang boleh menjadi daddy yang baik tuk bakal anak-anak kita nanti (insyaallah)amin
*sayang no matter what ever happen i will be with you until my last breath
*smoga Allah swt sentiasa berikan sayang & saya kebahagiaan amin...
*smoga Allah swt memanjangkan umur kita berdua insyaallah amin...
*sayang jangan naughty2 slalu, nnt saya gigit baru tau (bweekkkk ;p)
*hmmm apalagi mau tulis arr??actually ada byk lagi ni tapi saya rasa mcm 18SX pulak bah jadi better ndak payah tulis ehhehehe
*THE MOST IMPORTANT THINGS IS SAYANG HAPPY BIRTHDAY!!!I LOVE YOU...errrr hadiah??? (nnt bagi ;p)
*and and and please don't lupa to keep hensem hehehe (just kidding ;p) u always be a hensem
husband in the world...Lucky me becoz dapat you be my husband dunia akhirat amin...

okey okey okey pulllSTOP...me ni, klu da masuk bab jiwangnesss The karatneessss mcm ni la jadinya hehehe.. Well wifeyy yang beautiful mcm me ni mesti ada simptom2 overRRRR!!!tapi hubby suka wat, so don't you dare!!!OMG me da jadik gediknesssss matai la...hukhuhkhuh

As uolsss x tau kan, 30 aug 2012 bersamaan hari khamis (iaitu 7 days after my bday) adalah hari lahir my sayang (hubby) yang ke 2_th ...entry sblum ni hubby bawa me p The Garden tuk celebrated my bday but now giliran me pulokss sambut bday hubby yeayyyyy...memandangkan hari khamis haritu me kerja kan so lunch hour me bawa hubby mkn dkt Secret Receipe (ala dkt giant kinrara je pung ;P) hmm ehh bukan me bawa hubbyla, tapi hubby amik me dkt office then bawa g giant kinrara pastu barulah me blanja hubby makan dkt Secret Receipe, hahaha ini baru betul ;p... sory hubby me x dpt bawa g tempat special tp as long as you happy that day me da bersyukur sgt2 tau-alhamdulillah i see you really2 enjoy it :)...k la me namau tulis panjang2 tgkla hasilnya (eh mcm je me tgh buat pameran picture heheh )

>>tadaaaaaa see la the picture, plz Plz PLZZZZZ <3>


ya allah...saya jatuh cinta lagi ( i can't believe it )


yum yumm (we love the cake damn muchh -awwwwww)
           
tHE end kunuk2 padahal ;p





Jeng Jeng Jeng!!!!!!!!






v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v




hahahhaha (SILA BUAT GAYA-GAYA GANGSTER KETAWA YA) gaya abang Long KL Gangster ketawa pun xpa yang penting GAYA okeyy ;)

SURPRISEEEEEEEEEEEE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



>>Actually petang tu lepas me da balik kerja me dgn hubby p makan-makan dekat???errrr dekat???errr dekat SEOUL GARDEN dkt ioi Mall ehehehh (nah ini kali barula publass hahah) 2 kali ooo p celebrated bday c hubby tapi ini kali teda cake arr menn bakar-bakar sama rebus rebus syak, ala macam steamboat jugak la bah...ehh steamboat la ni kan hahahhah ;p whateveRRRR (act act malu tapok mukak bawa meja kehkehkeh) padahal ndada pun , sbb me tipuuu kamurang bweekkkk...

hmmm alamak terkeluar suda cakap sabah saya oooo, bah ndakpala, me kan made in sabah hehehe iyaka??ok la bah me lahir di sabah negeri di bawah bayu, arwah bapak dgn mamak asal sumatera indonesia tapi dorang lama suda datang dan menetap di sabah , arwah bapak dgn mamak suda dapat warganegara malaysia bah jugak, saa dgn adik bradik lain pun ada IC MALAYSIA ,, ehhh ini sah di keluarkan daripada JPN MALAYSIA tau...hmm no no no bukan PTI...;p

hmm nyum-nyum sedap ooooo makan-makan di situ tapi FYI kamurangkan, makan dekat sini dia buat style bufett (maksudnya kamu makanla sampai muntah-muntah tapi me gerenti kamurang mesti puas hati punyalah) dkt sini dia kira harga Per Person-RM48.00 nett, tapi sbelum masuk kamurang mesti bayar dulu dekat kaunter depan pastu dia akan tanya kita nak kuah tom yam ke atau ada sup2 lain tapi kitorang pilih Sup Tom Yam, then nnt kalu mau add-on ka boleh jugak...ada macam2 boleh add-on tp yang me ingat cuma kim-chi jak ehehhe sory uollss,,,,

>>hokey bawah ni cth mkanan yang ada kat sana
>>P/S : pada sesiapa yang x suka makan bakar-bakar @ rebus-rebus ni baik x payah datang nnt bikin rugi syak bayar mahal2 tapi x makan :) i just remind uolss jerkkk

>>Layan diri sndiri okeyy


alamak aii me sumpah!!, me langsung x RETI guna itu 2 batang kayu kecil+panjang(copstick)

 kami ada di mana-mana (i love you hubby ;))


after makan seriously me tiba2 jadi hyperactive ;p kehkhekhe

wif hubby siblingsssss(comel-comel kan smua) :)


Note : ILOVEYOUTHEMOST MOHD HAFIZ AZMAN-*kisses & biggg hugess for you
P/S : Please don't stop reads my coming soon entry ;-)) i'll update more

Wednesday, September 5, 2012

Korea

4 musim di korea

korea merupakan salah sebuah negara yang mempunyai 4 musim iaitu musim luruh,bunga,panas dan sejuk.tapi dalam banyak-banyak musim bergantung pada minat masing-masing nak berkunjung pada musim yang mana.meh2 kita tengok kebaikan dan keburukan 4 musim ni.

*Musim bunga

antara bulan april hingga hujung bulan jun

• cuacanya tak sejuk sangat dan tak panas sangat tapi still dinasihatkan supaya memakai jaket atau sweater yang tidak terlalu tebal

• pengunjung dapat melihat bunga botkott (sakura) mengembang dengan cantiknya.

• pengunjung juga berpeluang berkunjung ke expo bunga korea (floritopia korea)


*Musim luruh

antara bulan september hingga bulan november

• suhu purata sekitar 8 hingga 19 darjah celcius

• memang sesuai untuk berkunjung ke korea

*Musim panas

antara bulan jun hingga bulan ogos

• waktu siangnya lebih panjang dari biasa

• suhunya sangat panas dan memang tidak sesuai untuk travel ketika ini

• waktu subuhnya antara jam 3.00 hingga 4.00 pagi

• waktu isyak pula antara jam 8.00 hingga 9.00 malam

*Musim sejuk

antara bulan disember hingga bulan mac

• sesuai untuk yang berminat dengan sukan ais seperti luncur ais dan sebagainya.

• suhu antara 0 hingga -8 darjah celcius

**Dalam banyak2 musim ni antara yang the best musim korang pergila musim luruh sebab suhu pun tak sejuk sangat dan tak panas sangat..kalau yg travel bawak anak kecik mmg sesuai sangat sebab xdala diorang berpeluh2 sebab cuaca panas....FYI info ni me cilok dari google je hehehe ;p

* heheheh sory me & My Sayang jatuh cinta with MR LURUH :)
*all info ni pun me baca2 dari MR GOOGLE 
*jom layan pic yang me copy dari MR GOOGLE 

















P/S : Stay tune!! i'll update more info

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...